There was an error in this gadget

Wednesday, 31 October 2012

Percaya Tak Lukisan Potret Ini Hanya Menggunakan Pensel ?

Percaya Tak Lukisan Potret Ini Hanya Menggunakan Pensel ?

Memang sukar dipercayai kerana kehalusan seni lukisan yang begitu mantap ini.














  

Antara Make-Up Horror Untuk Sambutan Halloween

Antara Make-Up Horror Untuk Sambutan Halloween.

Ini antara idea di mana anda tidak memerlukan sebarang kostum yang banyak. Cuma perlu make-up je.





Ular Sawa Hamil Dilanggar



Sebelum ni kita pernah melihat ular sawa dijadikan sosej makanan (LINK). Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.




Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.

Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.

Asalnya Dam Ular































Aku tak pasti budak-budak zaman sekarang kenal tak dengan dam ular atau snake & ladder ni. Zaman aku kecik-kecik dlu, permainan ni memang femes. Main kat sekolah time rehat. Legend beb.. Jom baca skit mengenai sejarah permainan dam ular nih..



Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.

Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".

Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian.

Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.

Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).

Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.


Sekian,, :)

Monday, 29 October 2012

Ilusi Optik – Anda Pasti Terkejut

Menariknya gambar ini ialah anda bermain dengan ilusi pandangan mata anda. Kena cuba baru tahu. Anda. Pasti akan terkejut…Subhanallah…




Nampak tak apa yang anda lihat pada dinding putih selepas mengikut arahan yang diberikan?
p/s : Jom kongsi dengan rakan facebook anda

Pengguna Tertua Facebook!!

Nenek 105 Tahun Pengguna Tertua Facebook.
Nenek ini berjaya mengalahkan pencabar sebelum ini iaitu seorang nenek yang berusia 101 tahun. Nenek ini bernama Maria Colunia Seguar-Metzgar lahir pada tahun 1907. 





Wednesday, 18 July 2012

kentang























Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!

Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.

Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..



Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut.