Thursday 31 May 2012

MISTERI BUKIT HANTU

Misteri Bukit Hantu

  • 24
Tedapat sebuah bukit yang dikenali sebagai kota hantu atau bukit hantu terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Bukit ini dikatakan sungguh misteri kerana terdapat pelbagai kejadian aneh sering berlaku di sini.
Pada kebiasaannya, bukit sering digambarkan sebagai salah satu kawasan yang bermisteri dan menjadi tempat tinggal makhluk halus. Pada kali ini, kita akan lihat sebuah artikel berkenaan misteri bukit hantu. Tempatnya adalah di Centralia, sebuah kota hantu yang terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Menurut sumber, bukit ini telah dihuni oleh lebih dari 5,000 orang pada tahun 1960. Ada kilang bioskop, 3 sekolah, sebuah restoran, pejabat pos dan 7 gereja. Ini adalah kota persinggahan yang makmur. Sekarang, hanya 4 orang tinggal di sana. Jom lihat sebahagian gambar bukit hantu di bawah:
bukit hantu
bukit hantu
bukit hantu
bukit hantu
bukit hantu
Sebahagian besar bangunan yang ditinggalkan telah dihancurkan oleh manusia atau alam. Sekilas, wilayahnya sekarang hanya nampak lapangan dengan jalan berasap yang ada disekitarnya. Beberapa daerah dipenuhi dengan hutan yang baru ditanam pokok.
bukit hantu
Gereja yang tersisih di kota kecil, St Mary’s, dipenuhi pengunjung pada hari Minggu dan tidak terpengaruh oleh api. ini disebabkan kebakaran yang terjadi di 1960 awal dan kebakaran masih berlaku sehingga sekarang. Api ini akan terus menyala selama 250 tahun.
bukit hantu
bukit hantu
bukit hantu
bukit hantu
bukit hantu
Itulah yang Daud Dekok katakan tentang kota ini (1986): “Ini adalah dunia di mana manusia tidak boleh hidup, lebih panas dari planet Marikh, suasana beracun seperti Saturn. Di pusat punca api, suhu melebihi 1.000 Fahrenheit. Awan karbon monoksida dan gas-gas lain berputar melalui ruang batu. “Api pembakaran secara bertahap bergerak ke segala arah, mengancam kota-kota yang berdekatan. Ironisnya, nama salah satu kota terdekat Centralia adalah Ashland.

SOTONG KURITA BERWAJAH MANUSIA


  • 279
Pelik, seekor sotong kurita pelik berwajah manusia telah ditemui oleh seorang nelayan dari kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat.
Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar.
Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.
sotong wajah manusia
Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

IKAN PELIK





  • 812
ikan pelik    KERTEH: “Saya terkejut melihat rupa bentuk ikan berkenaan sebelum membuat keputusan membelinya,” kata Othman Abu Bakar, 63, yang membeli ikan mempunyai fizikal ganjil sepanjang tiga meter dan berat sembilan kilogram daripada seorang nelayan di jeti Kuala Kerteh, di sini, kelmarin.
Othman berkata, ikan berkenaan berwarna putih dan mempunyai kulit keras serta tajam seperti pari dan berkepala seperti naga, manakala siripnya berwarna merah dan di kepala serta bawah mulutnya mempunyai sesungut panjang berwarna merah selain bintik tajam di bawah badan.
Katanya, ikan berkenaan dibawa pulang nelayan terbabit jam 11 pagi kelmarin dan dia yang secara kebetulan berada di jeti berkenaan tertarik hati untuk membelinya.
“Orang ramai yang ada di situ hairan melihat ikan berkenaan yang menyerupai naga, tetapi berwarna putih dan mempunyai kulit kasar seperti pari, namun tidak bersisik manakala sirip dan kepalanya seperti naga serta badannya lembik seolah-olah tidak bertulang.
“Saya meminta kebenaran nelayan berkenaan membeli ikan itu kerana selain tidak pernah melihatnya sebelum ini, saya juga berhajat membawanya pulang bagi ditunjukkan kepada penduduk kampung,” katanya yang enggan memaklumkan harga dibayarnya bagi membeli ikan berkenaan.
Menurutnya, sebaik pulang ke rumah di Kampung Telaga Papan, di sini, dia dimaklumkan beberapa jirannya mereka juga tidak pernah melihat ikan berkenaan.
“Bagaimanapun, ketika ikan itu dibawa naik ke darat, sebahagian kepalanya sudah hancur mungkin kerana tersangkut pada pukat yang digunakan nelayan.
“Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya melihat ikan sedemikian rupa dan rakan nelayan di kampung ini juga tidak pernah mendapat tangkapan sepelik itu,” katanya yang bekerja sebagai pengeluar minyak urut.
Othman berkata, dia mungkin mengeringkan ikan itu dan cuba dijadikan ramuan menghasilkan minyak urut.
Sementara itu, Pegawai Penyelidik Departmen Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin, Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, ikan itu dikenali sebagai ikan naga daripada keluarga Regalecidae yang juga ikan bertulang terpanjang di dunia.
“Laut China Selatan adalah satu daripada habitat ikan berkenaan dan bukan mustahil ia tersangkut pada pukat nelayan.
“Mengikut rekod jabatan, pihak kami pernah menerima ikan spesies itu daripada nelayan tempatan sekitar tahun 1990-an,” katanya yang memberitahu ikan naga terpanjang pernah ditangkap di Vietnam sepanjang 10 meter.

ANAK KAMBING BERWAJAH PELIK





  • 329
anak kambing berwajah pelik
              GERIK    –    Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik  milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di  kampung Air Suda 2, di sini.
Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.
Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
“Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik  kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.

Saturday 19 May 2012

MASJID AL-BUKHARI ALOR MALAI

Masjid Al-Bukhari terletak di Jalan Langgar, Mukim Alor Malai, Alor Setar. Pembinaan masjid ini dibiayai oleh jutawan terkenal, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Masjid ini dibina berserta dengan sebuah kompleks yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hospital, tempat penginapan pelancong, ruang perniagaan dan lain-lain lagi. Di samping itu, di sini terdapat juga asrama anak yatim dan rumah warga tua. Sekolah yang berfungsi sebagai tempat pendidikan dan pembelajaran turut disediakan. Prasarana sebegini dianggap sebagai salah satu cara memakmur dan menggiatkan aktiviti masjid supaya tidak dipandang sepi.

Keindahan Masjid Al-Bukhari bukan sahaja dari sudut luaran, tetapi dalamannya turut diberi perhatian oleh perekanya. Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk masjid seperti yang terdapat di Turki dan Iran. Arkitek yang bertanggungjawab melahirkan reka bentuk masjid ini ialah RDA-Harris Architects Sdn Bhd.
Terdapat tujuh buah kubah yang dibina pada masjid ini yang direka bentuk menyerupai gasing. Kubah-kubah ini berwarna biru dan dihiasi dengan lakaran-lakaran awan larat yang bermotifkan tumbuhan menjalar. Pada keliling ukur lilit kubah utama dihiasi tulisan khat jenis Thuluth. Reka bentuk pintu gerbang pada anjung masjid yang dibentuk berlapis-lapis dilihat seakan-akan menggamit siapa sahaja untuk beribadah di dalamnya. Pintu gerbang di dalam masjid yang dibentuk sebanyak lima lapisan ini melambangkan lima rukun Islam.

Wednesday 16 May 2012

PENGAKUAN TENTERA YAHUDI



Pengakuan Tentera yahudi :- “Israel Hancur Jika islam berjemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat”

Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da’wahnya ketika pergi da’wah di negri Jordania. ketika di Jordan Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordan-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

 

“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,”kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya “kenapa?” Dia pun menjawab “di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur.” tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami.”Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat kehairanan.

 

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh dapat ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika umat islam berjemaah solat subuh yang hadir sebanyak solat Jumaat.!!

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan…


Tuesday 15 May 2012

AZAB TIDAK MENUTUP AURAT




Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
Ingatlah ya~ 

Monday 14 May 2012

5 JANJI ALLAH DENGAN TAQWA


1. Orang yang  takut dengan Allah, Allah akan buka jalan-jalan penyelesaian, keluarkan dia dari            kesusahan seperti Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf sabar apabila dikhianati oleh saudara-saudaranya. Kemudian dia jadi budak suruhan Zulaikha. Tetapi sebab Nabi Yusuf sabar dan taqwa, maka saudara-saudaranya pula berhajat kepadanya, datang minta makanan dan bantuan daripadanya.

2 .     Allah akan mudahkan rezekinya. Allah swt mudahkan Nabi Daud a.s. dalam mencari rezeki dimana      besi   untuk membuat pedang lembut seperti tepung diuli, kerana untuk usaha dakwah dia tidak perlu guna harta dan kerajaan.

3.    Allah memberi ganjaran.

4.    Allah  ampunkan  semua  dosanya  yang lalu.

5.    Mendapat rezeki yang halal.

Oleh itu perkara yang pertama kita lakukan ialah kita kena bawa taqwa dalam muamalat (pekerjaan/perniagaan) kita. Kita perlu sedar diri kita beribadah jadi makanan kita mesti jauh dari yang haram. Kita perlu yakin dengan memakan makanan yang haram, akan rosak amalan kita. Saidina Abu Bakar r.a termakan satu suap dari hasil tukang tilik, dia terus muntahkan balik. Beliau sedia mati disebabkan makanan itu. Sebab itu dalam usaha kita cari rezeki, perlu bawa taqwa, supaya kita dapat rezeki yang halal. Apa yang kita yakin itulah yang akan datang dalam amalan kita. Dalam ibadat bukan sahaja pakaian suci, makanan suci, tempat suci, tapi darah kita yang mengalir pun mesti jauh dari yang haram yakni mesti suci. Ini penting kerana ia termasuk taqwa zahir. Maka kita mesti jauhkan dari riba', jauhkan dari penipuan. Dalam muamalat mesti ada taqwa supaya terhindar dari makanan haram kerana darah yang mengalir mesti suci untuk kita jaga amalan agama kita.

PERBUALAN BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

PERBUALAN BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA :

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

"Syurga Dibawah Tapak Kaki Ibu" 
^_^

1 PAGI DI SEKOLAH

        Ketakutan mula merasuk diriku,dengan keadaan mata tertutup, aku berjalan seorang diri. Tali yang ku pegang menjadi arah buatku..Tiba-tiba,satu suara seperti nenek kebayan mula kedengaran "Cu,ikut nenek meh,lalu kat sini...", tali yang menjadi arahku sengaja digoyang-goyangkan. Kadang-kadang terdengar suara orang menjerit ketakutan,kadang-kadang terdengar satu suara keras yang menyuruhku membuat macam-macam. Apabila aku sudah sampai di garisan penamat, dengan segera aku terus membuka penutup mataku. Aku berasa amat lega. Sungguh seronok bermain permainan 'burung hantu' tadi. Ada kawanku yang ditepek engan tepung di muka. Aku melihat jam di tanganku menunjukkan pukul 1:05 pagi. Perkhemahan kali ini takkan aku lupakan. Sebelum tidur, cikgu memesan kami agar pergi ke surau untuk mengerjakan qiamullail pada pukul 4:00 pagi. Malam itu, mataku seperti enggan terlelap, mungkin kerana aktiviti yang dilakukan tadi membuatkan badanku segar. Dalam pukul 2:00 pagi barulah aku tertidur.

      

Inilah pengalaman perkhemahan yang telah saya sertai...Sebenarnya banyak lagi pekara yang berlaku, tetapi ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama...

Sunday 13 May 2012

KOLEKSI GAMBAR SERANGGA

Post kali ini memapaparkan gambar seranga-seranga yang diambil secara dekat dengan kata lain MACRO! Lihatlah gambar-gambar seranga yang sangat menakjubkan.


Maintain cool sebab ada kaca mata kalis air hahaha


Mata yang besar !


Banyaknye bulu di kaki ewwwww


Speck mata ni kena air ??


Macho le abang serangga ni


Pepatung hinggap di atas bunga


Kupu-kupu berehat di atas bunga


Pepatuh diselaputi berlian! lol


Geli gemali dengan bulu atuk serangga


Gambar dekat pepatung


Gambar dekat 2 kupu-kupu


Gambar macro pepatung

















Indahnya makhluk ciptaan tuhan. Diharapkan dengan post ini korang akan dapat mengenali lebih dekat seranga-seranga ek. hehehe~

Koleksi Gambar Awan Yang Sangat Cool

Semua ini adalah hasil kreativiti Horst J bermain dengan camera untuk mendapatkan gambar awan yang paling cool!. Bernhart telah dikhabarkan telah meninggal dunia pada Mei tahun lepas. Walau apapun legasi gambar dia masih jadi peminat orang ramai.


Asap keluar dari botol hahaha


Asap dari jari macam ada kuasa hahaha


Jadi pengecat langit lagi cool


Melukis guna pensil pun hebat juga


Spray yang mengeluarkan awan!


Tangan yang hebat!


Flight jet dari bawah


Jin keluar dari botol


Haa yang ini jin nak ke tandas, cepat je dia keluar


Ukir awan guna jari hahaha


Kepulan asap!hahaha


Yang ni serius comel


Percikan awan haha


Kuasa tangan yang hebat hahaha


Ice cream awan hohoho


Makan awan!


Cukur awan pun boleh


Pencemaran awan!


Aummmmmmm!!!


Tangkap awan!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   Amacam cool kan? lepas ni kalau ada awan bentuk pelik korang tangkap la. Pastu upload ke facebook , conform kawan korang kagum. Hahaha~