Memang sukar dipercayai kerana kehalusan seni lukisan yang begitu mantap ini.
Wednesday, 31 October 2012
Percaya Tak Lukisan Potret Ini Hanya Menggunakan Pensel ?
Percaya Tak Lukisan Potret Ini Hanya Menggunakan Pensel ?
Memang sukar dipercayai kerana kehalusan seni lukisan yang begitu mantap ini.
Memang sukar dipercayai kerana kehalusan seni lukisan yang begitu mantap ini.
Antara Make-Up Horror Untuk Sambutan Halloween
Ular Sawa Hamil Dilanggar
Sebelum ni kita pernah melihat ular sawa dijadikan sosej makanan (LINK). Ini adalah rakaman video yang menggambarkan seekor ular sawa raksasa yang sedang hamil dilanggar sebuah kenderaan dijalan raya hingga mati, tragisnya telur yang berisi janin ular dalam kandungan ular sawa itu berterabur keluar hingga bersepah di jalan raya. Di bawah merupakan gambar ular sawa hamil yang telah digilis di atas jalan raya.
Masih banyak orang bingung sebenarnya ular sawa itu bertelur apa beranak seperti halnya mamalia lain, tapi bukankah ular tidak menyusui? Bererti bertelur yang lebih tepat adalah Ovovivivar.
Kebanyakan jenis ular berkembang biak dengan bertelur. Jumlah telurnya boleh beberapa butir saja, hingga puluhan dan ratusan butir. Ular meletakkan telurnya di lubang-lubang tanah, gua, lubang kayu lapuk, atau di bawah timbunan daun-daun kering. Beberapa jenis ular diketahui menunggui telurnya hingga menetas; bahkan ular sawa ‘mengerami’ telur-telurnya.
Asalnya Dam Ular
Aku tak pasti budak-budak zaman sekarang kenal tak dengan dam ular atau snake & ladder ni. Zaman aku kecik-kecik dlu, permainan ni memang femes. Main kat sekolah time rehat. Legend beb.. Jom baca skit mengenai sejarah permainan dam ular nih..
Dam Ular adalah permainan yang diperkenalkan dan dimain oleh orang-orang India sejak dahulu kala. Di India, Dam Ular popular dengan nama MOKSHA PATAMU yang diberikan oleh Guru Spiritual Hindu. Permainan ini disebut "Leela" dan mencerminkan kehidupan Hindu di mengharungi kehidupan sehari-hari.
Nama lainnya adalah "Tangga Keselamatan" yang telah dibawa ke Victoria di mana versi baru telah dibuat dan diperkenalkan oleh John Jacques di tahun 1892. Selepas itu, Dam Ular dibawa ke Amerika oleh seorang pembuat mainan bernama Milton Bradley di tahun 1943 dan telah diberi nama "Snakes n Ladder" yang bermaksud "Tangga Ular".
Moksha Patam dikaitkan dengan Falsafah Tradisional Hindu bererti: "Karma dan Kama" atau yang bermaksud dengan "Takdir dan Keinginan". Permainan ini juga berkaitankan dengan Pembelajaran Kesan dari Perbuatan Baik Melawan Perbuatan Buruk. Tangga mewakili kebaikan seperti kemurahan hati , iman , dan kerendahan hati (diri). Ular mewakili keburukan dan kejahatan seperti nafsu, kemarahan, pembunuhan, dan kecurian.
Moral pengajaran daripada permainan ini adalah Moksh, seseorang dapat mencapai keselamatan melalui berbuat baik. Sementara itu, dengan melakukan sesuatu yang jahat akan mengalami kelahiran semula ke bentuk kehidupan yang rendah.
Jumlah tangga kurang daripada jumlah ular sebagai peringatam bahawa jalan ke arah kebaikan adalah jauh lebih sukar daripada berbanding dengan jalan dosa. Biasanya angka "100" diwakili Moksha (keselamatan).
Di Andhra Pradesh, Dam Ular dimainkan dalam nama Vaikuntapali.
Sekian,, :)
Monday, 29 October 2012
Ilusi Optik – Anda Pasti Terkejut
Menariknya gambar ini ialah anda bermain dengan ilusi pandangan mata
anda. Kena cuba baru tahu. Anda. Pasti akan terkejut…Subhanallah…
Nampak tak apa yang anda lihat pada dinding putih selepas mengikut arahan yang diberikan?
p/s : Jom kongsi dengan rakan facebook anda
Nampak tak apa yang anda lihat pada dinding putih selepas mengikut arahan yang diberikan?
p/s : Jom kongsi dengan rakan facebook anda
Pengguna Tertua Facebook!!
Nenek 105 Tahun Pengguna Tertua Facebook.
Nenek ini berjaya mengalahkan pencabar sebelum ini iaitu seorang nenek yang berusia 101 tahun. Nenek ini bernama Maria Colunia Seguar-Metzgar lahir pada tahun 1907.
Nenek ini berjaya mengalahkan pencabar sebelum ini iaitu seorang nenek yang berusia 101 tahun. Nenek ini bernama Maria Colunia Seguar-Metzgar lahir pada tahun 1907.
Wednesday, 18 July 2012
kentang
Mesti ramai yang suka makan kentang Mcd atau kentang KFC ni, memang sedap dan menyelerakan! Tapi tahukah anda, ada kajian yang dibuat untuk mengetahui perbezaan tentang bawah pengawet terhadap makanan segera ini!
Ada spekulasi yang mengatakan yang makanan segera milik McDonald ini dianggap susah terurai di dalam tubuh badan manusia, maka kajian ini pun dijalankan, kajian ini dilakukan pada tahun 2008 dengan meletakkan makanan tersebut dalam 2 bekas balang yang berbeze yakni meletakkan kentang goreng dari McDonald dan satu lagi kentang goreng dari Kfc.
Selepas 3 tahun, balang ini pun di buka dan hasilnya memang sangat memeranjatkan, lihat gambar di bawah..
Lihatlah hasilnya, sesetengah orang berpendapat yang kentang Mcd ni menggunakan bahan pengawet kerana masih utuh berbanding dengan kentang KFC. Namun di pihak lain ada yang berpendapat hal seperti ini terjadi kerana sistem pemprosesan di Mcdonalds lebih bersih sehingga bakteria tidak dapat menembusi dan bekembang di dalam makanan tersebut.
Angry Bird Dan Islam?
Angry Birds Apa yang best sangat game ni? Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka.
Sedar tak kita…
Jawapannya sebab….
..dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
Antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban; menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan. Mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri.Tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih? Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! Yang putih pula? Sanggup mengorbankan anaknya!
Itu bukanlah satu pengorbanan yang senang; menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad. Segala-galanya untuk mencapai satu matlamat; menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya… terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas.
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga…” (At-Taubah 9:110)
2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh, burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan, malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan. Maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu.3) Tanzim (organisasi)
Yang tersusun tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?Tidak. Diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza. Setiap burung mempunyai isti’ab (penguasaan) yang berbeza. Jadi diorang susun, sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu.
Kenapa? Sebab Saidina Ali mengatakan:
“Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”
4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?Diorang susun dengan menilai, bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu? Maka setiap orang yang mempunyai isti’ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya.
Yang reti potong kayu pergi serang kayu
Yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu
Dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka, untuk detect, apakah kelemahan musuh kita, dan dengan segala kekuatan serta isti’ab jundi (tentera) yang berbeza-beza.
Bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mencapai ustaziyatul alam?
“eh silap”
Untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat.
5) Taat
Dan sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang, adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas, dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan.Pasti tidak ada orang yang nak main, dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh, jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas.
6) Ukhuwah
Lastly, kena faham, bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat, itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang, mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya, mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka.Kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara, seperti mana kita umat Islam bersaudara.
Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya. Dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita, daripada musuh yang nampak di dunia, dan juga musuh yang tidak nampak, yang menarik kita ke api neraka.
Kenapa? Sebab kita menyayangi saudara kita, sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang. Kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam, tidak akan wujud game Angry Birds, jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka.
Begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam, malahan mustahil akan menang gerakan Islam, jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam.
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat” (An-Nasr 110:1-3)
Sedarlah. Pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna.
Semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds.
Tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat, iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih, kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza, dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang..
Saturday, 7 July 2012
Kisah Seram Di Genting Highlands
Kisah ini telah dipetik dari sebuah blog
mengenai beberapa siri kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting
Highlands. Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan
yang dikatakan berhantu sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah
ini.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan
di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan
Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas
bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke
puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan
terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke
Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua
majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya,
Kasino Genting ini
Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini.
Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam
Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan
di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini
seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang
berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai
penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua
keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga
terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini?
Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi
mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk
Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang
berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak
kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan”
ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa
tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk
membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di
Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak
Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan
pangsapuri di Genting.
1. Amber Court
Ini merupakan tempat yang paling
menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang
paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta
menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik
private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di
Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan
kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya?
Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment Ria
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di
tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik..
(Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”
3. First World Hotel
Ini hotel yang pernah menjadi Hotel
Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay
kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga
yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat 1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.
Kenali 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga
Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.
1. Abu Bakar As-Siddiq ra.
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.
1. Abu Bakar As-Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah
wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki
pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat
dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Al-Khattab ra.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu
Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi
Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan
musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia
bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat
sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu
menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat.
Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur
hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam
waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena
dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas
rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar,
pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah
dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun
menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga
menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang.
Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun)
dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Talib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau
terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain
Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam
peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup
bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali
Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah,
Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar
Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam
perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga
terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau.
Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali
Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq
ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua
peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah
pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan
mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh
Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.
Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan
di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti
semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin
Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan
musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu
Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut
berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada
yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun,
turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua
peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun
(Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini
masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan
Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat
ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua
pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan
kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk
menghadapi akhirat.
Thursday, 5 July 2012
Kesian, Najwa Latif Di Panggil Oleh Cikgu Disiplin Sekolah?
Pada suatu hari, di sebuah sekolah di selatan tanah air, bermula la sebuah cerita..
Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…
Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo
Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu
Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo
Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P
Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..
Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD
Cikgu : selamat berkenalan… .
Najwa : kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku…
Cikgu : sat gi cikgu hantar kau dekat pengetua baru tau…
Najwa : Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo
Cikgu : cikgu sakit hati dah ni ==”
Najwa : hati ku rasa sesuatu
Cikgu : sebelum kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu : atau kamu nak saya hantar kamu dekat pengetua?
Najwa : Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Cikgu : cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa : Oh oh benarkah rasa itu…
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua… ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ada peluang nak rotan je kamu ni..
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..ooohh uwouwouwo
Cikgu : otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat..
Najwa : Banyak persoalan yang berada di minda =P
Pelajar lain menyampuk : cikgu ni banyak tanya la…
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu : Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu : tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta…
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni..
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja..
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa baik dipanggil je
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku..
Cikgu : cinta? Dengar baik-baik kata-kata cikgu ni…
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku… ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju…
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu. =DD
KISAH SERAM USTAZ DI BILIK MAYAT
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan
dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai
pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang
saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju
ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang
berjalan seorang diri di bilik mayat pada
pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama
kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju
kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia
dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok
jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.“Betulkah
ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya
putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya
jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah
anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali
lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Wallahu’alam….
Hanya saya dan seorang penjaga bilik
tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan
hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan
berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin
lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap
perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca
ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak
cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah
anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu
menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi
ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah,
kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak
mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata
demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata,
dia berkata, “Ustaz, anak saya ni
memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam
atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu
tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah
wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah
dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau
dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik
angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa
barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari
wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja
ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri
untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran
yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan
menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah
semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan
harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu
tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor
telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi
saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas
memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang
tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih
elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di
Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
JU ON~~~ KAU DAH TENGOK KAU AKAN INGAT AKU!! AKU TUNGGU KAU TIDUR!!!!!
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’
yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti
kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan
untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga
menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut
telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis
nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang
satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000
tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Subscribe to:
Posts (Atom)