Misteri Bukit Hantu
Tedapat sebuah bukit yang dikenali sebagai kota hantu atau bukit hantu terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Bukit ini dikatakan sungguh misteri kerana terdapat pelbagai kejadian aneh sering berlaku di sini.Pada kebiasaannya, bukit sering digambarkan sebagai salah satu kawasan yang bermisteri dan menjadi tempat tinggal makhluk halus. Pada kali ini, kita akan lihat sebuah artikel berkenaan misteri bukit hantu. Tempatnya adalah di Centralia, sebuah kota hantu yang terletak di Columbia County, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Menurut sumber, bukit ini telah dihuni oleh lebih dari 5,000 orang pada tahun 1960. Ada kilang bioskop, 3 sekolah, sebuah restoran, pejabat pos dan 7 gereja. Ini adalah kota persinggahan yang makmur. Sekarang, hanya 4 orang tinggal di sana. Jom lihat sebahagian gambar bukit hantu di bawah:
Sebahagian besar bangunan yang ditinggalkan telah dihancurkan oleh manusia atau alam. Sekilas, wilayahnya sekarang hanya nampak lapangan dengan jalan berasap yang ada disekitarnya. Beberapa daerah dipenuhi dengan hutan yang baru ditanam pokok.
Gereja yang tersisih di kota kecil, St Mary’s, dipenuhi pengunjung pada hari Minggu dan tidak terpengaruh oleh api. ini disebabkan kebakaran yang terjadi di 1960 awal dan kebakaran masih berlaku sehingga sekarang. Api ini akan terus menyala selama 250 tahun.
Itulah yang Daud Dekok katakan tentang kota ini (1986): “Ini adalah dunia di mana manusia tidak boleh hidup, lebih panas dari planet Marikh, suasana beracun seperti Saturn. Di pusat punca api, suhu melebihi 1.000 Fahrenheit. Awan karbon monoksida dan gas-gas lain berputar melalui ruang batu. “Api pembakaran secara bertahap bergerak ke segala arah, mengancam kota-kota yang berdekatan. Ironisnya, nama salah satu kota terdekat Centralia adalah Ashland.
No comments:
Post a Comment