Monday, 14 May 2012

1 PAGI DI SEKOLAH

        Ketakutan mula merasuk diriku,dengan keadaan mata tertutup, aku berjalan seorang diri. Tali yang ku pegang menjadi arah buatku..Tiba-tiba,satu suara seperti nenek kebayan mula kedengaran "Cu,ikut nenek meh,lalu kat sini...", tali yang menjadi arahku sengaja digoyang-goyangkan. Kadang-kadang terdengar suara orang menjerit ketakutan,kadang-kadang terdengar satu suara keras yang menyuruhku membuat macam-macam. Apabila aku sudah sampai di garisan penamat, dengan segera aku terus membuka penutup mataku. Aku berasa amat lega. Sungguh seronok bermain permainan 'burung hantu' tadi. Ada kawanku yang ditepek engan tepung di muka. Aku melihat jam di tanganku menunjukkan pukul 1:05 pagi. Perkhemahan kali ini takkan aku lupakan. Sebelum tidur, cikgu memesan kami agar pergi ke surau untuk mengerjakan qiamullail pada pukul 4:00 pagi. Malam itu, mataku seperti enggan terlelap, mungkin kerana aktiviti yang dilakukan tadi membuatkan badanku segar. Dalam pukul 2:00 pagi barulah aku tertidur.

      

Inilah pengalaman perkhemahan yang telah saya sertai...Sebenarnya banyak lagi pekara yang berlaku, tetapi ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama...

No comments:

Post a Comment